Adina Alkhair ke Pusat Perlindungan Anak Yatim di Kajang

pusat perlindungan

28 Julai 2024 – Alkhair Malaysia, bersama Pertubuhan Kebajikan Adina, meluangkan masa untuk berprogram dengan anak-anak yatim dan asnaf di Pusat Perlindungan Anak Yatim yang terletak di Kajang. 

Kunjungan ini bertujuan menyebarkan kasih sayang dan kebahagiaan kepada anak-anak kecil yang memerlukan sokongan dan perhatian dari masyarakat.

Kebaikan Penuhi Harapan

Kedatangan kami disambut dengan senyuman dan pelukan hangat daripada anak-anak comel di sana yang berusia antara 4 hingga 6 tahun.

Suasana di rumah anak yatim ini sungguh meriah, dipenuhi dengan suara riang dan gelak ketawa anak-anak.

Melihat keikhlasan dan kegembiraan mereka, timbul rasa syukur dalam diri kami kerana diberi kesempatan untuk berkongsi kegembiraan bersama.

Aktiviti Menghiburkan dan Mengeratkan Ukhwah

Dalam setiap program di rumah-rumah kebajikan dan anak yatim, kami memastikan terdapat aktiviti yang membolehkan hubungan kekeluargaan dan ukhwah diperkukuhkan antara anak-anak dan sukarelawan.

Aktiviti-aktiviti sederhana, namun penuh bermakna, untuk menceriakan lagi suasana.

Melalui permainan dan sesi bercerita, anak-anak diberi peluang untuk berinteraksi dan mengekspresikan perasaan mereka.

5K7A8028

Aktiviti ini bukan sekadar untuk menghiburkan, tetapi juga membantu membina keyakinan dalam diri anak-anak di rumah anak yatim ini.

Melihat mereka ketawa dan berseronok adalah satu kepuasan buat kami.

Walaupun mereka datang daripada latar belakang yang berbeza, kegembiraan mereka mengingatkan kami bahawa semua kanak-kanak layak merasakan kasih sayang dan perhatian.

Menyampaikan Sumbangan Keperluan Asas

Sebelum pulang, kami menyerahkan sumbangan kepada pihak pengurusan Pusat Perlindungan Anak Yatim.

Sumbangan ini merangkumi makanan dan barangan keperluan asas yang sangat diperlukan bagi menjaga kebajikan anak-anak di rumah tersebut.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk membantu mereka, Alkhair Malaysia dan Adina Charity Circle komited untuk memastikan bekalan keperluan asas di rumah anak yatim ini sentiasa mencukupi.

5K7A8276

Pemberian sumbangan ini hanya dapat direalisasikan melalui sokongan orang ramai yang turut menyumbang kepada kempen kami.

Setiap barangan yang disampaikan mencerminkan kasih sayang daripada masyarakat yang prihatin terhadap nasib anak-anak yatim dan asnaf di rumah anak yatim ini.

Hadiah Istimewa Buat Anak-Anak di Pusat Perlindungan Anak Yatim

Ketika lawatan kami ke Pusat Perlindungan Anak Yatim, kami turut menyampaikan hadiah istimewa untuk anak-anak comel di sana.

Setiap daripada mereka menerima beg makanan (lunch box bag) hasil sumbangan masyarakat yang prihatin.

Hadiah kecil ini jelas memberi kegembiraan kepada anak-anak disana.

Mereka tersenyum gembira menerima beg makanan yang dihias indah.

5K7A8197

Dengan pemberian beg makanan ini, kami berharap anak-anak di sana akan sentiasa merasa dihargai dan disayangi.

Rumah anak yatim seperti ini memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan anak-anak yatim dan asnaf.

Kami sangat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada usaha tersebut.

Komitmen Berterusan untuk Membantu Pusat Perlindungan Anak Yatim

Alkhair Malaysia dan Adina Charity Circle akan terus komited dalam usaha membantu rumah anak yatim di seluruh negara.

Kami sedar bahawa bantuan kepada anak-anak yatim dan asnaf tidak boleh dilakukan sekali sahaja, tetapi perlu berterusan.

Oleh itu, kami berazam untuk memperluaskan program kebajikan kami ke rumah anak yatim yang lain agar lebih ramai kanak-kanak kurang bernasib baik dapat merasa kebaikan ini.

5K7A8255

Melalui kerjasama erat dengan masyarakat, kami berharap untuk mengumpul lebih banyak sumbangan dan meningkatkan jumlah rumah anak yatim yang akan menerima bantuan kami.

Dengan mengamalkan prinsip “Kebaikan Penuhi Harapan,” kami percaya bahawa segala usaha akan membuahkan hasil yang baik dan memberi impak positif kepada masa depan anak-anak ini.

Sokongan Orang Ramai untuk Rumah Anak Yatim

Bagi masyarakat yang ingin turut serta dalam usaha membantu anak yatim, sumbangan dalam apa jua bentuk, sama ada kewangan, barangan mahupun masa, amat dialu-alukan.

Kehadiran sukarelawan dan sumbangan daripada orang ramai adalah aset penting bagi Pusat Perlindungan Anak Yatim untuk terus beroperasi dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anak-anak yatim dan asnaf.

5K7A8364

Kami berharap lebih ramai pihak akan bersama-sama menyokong usaha murni ini.

Dengan sokongan berterusan, rumah-rumah anak yatim seperti ini akan terus menjadi tempat perlindungan yang selamat dan penuh kasih sayang bagi kanak-kanak yang memerlukan.

Sokongan Program Pendidikan amat penting dalam memastikan anak-anak yatim dan asnaf mendapat peluang pendidikan yang setara.

Kami di Alkhair Malaysia mengajak masyarakat untuk bersama menyumbang kepada Sokongan Program Pendidikan. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh terus menghubungi kami melalui Whatsapp.

Terkini

Open chat
Hai 👋
Boleh kami bantu ?