250 juta kanak-kanak di dunia tidak berpeluang untuk mendapatkan pendidikan yang sepatutnya.
Sedangkan antara hak utama kanak-kanak adalah untuk mendapatkan pendidikan & ilmu yang bermanfaat. Kemiskinan, konflik negara serta taraf kerakyatan antara punca utama kanak-kanak dunia tak berpeluang untuk menimba ilmu. Sedangkan mereka berimpian untuk ke sekolah dan sangat dahagakan ilmu.
Melihat kepada keperluan ini, juga kepentingan generasi akan datang, Alkhair Malaysia tekad menjadikan pendidikan salah satu fokus dalam kerja-kerja kemanusiaan yang kami lakukan.
Program Bantuan Pendidikan atau Alkhair Education Programme (AEP) disusun di bawah naungan AlKhair Malaysia dengan tujuan mewujudkan akses pendidikan yang saksama dan berkualiti bagi individu dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.
Dalam masa yang sama, AEP memberi fokus khusus kepada mereka yang berada dalam keadaan kecemasan, termasuk individu dari negara konflik dan anak pelarian yang tinggal di Malaysia.
Situasi konflik di beberapa negara dan krisis kemanusiaan telah mengakibatkan ketidakstabilan dan mengancam akses pendidikan bagi banyak individu. Malaysia, sebagai tuan rumah bagi ramai anak -anak pelarian, menghadapi cabaran dalam menyediakan pendidikan yang memadai bagi mereka. Dalam konteks ini, AEP berusaha untuk mengatasi kesenjangan pendidikan dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, termasuk anak-anak pelarian yang tinggal di Malaysia.

AEP memfokuskan perhatian kepada individu daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk:
Pertubuhan Al-Khair Malaysia
(PPM-009-07-04012024)
No. 29, Jalan Dagangan 15,
Pusat Bandar Bertam Perdana,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Web Design oleh therichweb.com