875 juta penduduk dunia sedang bergelut dengan krisis kebuluran.
3 juta kanak-kanak dunia maut setiap tahun akibat kelaparan.
Manakala satu daripada sepuluh penduduk di dunia sedang berhadapan krisis kekurangan makanan. Sama ada kerana kemiskinan, peperangan, kegawatan ekonomi, krisis ataupun bencana.
Program Bantuan Makanan atau Alkhair Food Programme (AFP) merupakan inisiatif kemanusiaan utama Alkhair Malaysia bagi menoktahkan isu kebuluran sama ada di dalam Malaysia mahupun merentas sempadan dunia.
Melalui AFP kita bukan sahaja memberi bekalan makanan asas kepada mereka yang memerlukan, tapi kita juga akan berikan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Ini bagi memastikan tubuh mereka menerima zat dan nutrien yang secukupnya. Terutamanya anak-anak kecil, wanita mengandung, ibu menyusu dan juga warga tua.
Pertubuhan Al-Khair Malaysia
(PPM-009-07-04012024)
No. 29, Jalan Dagangan 15,
Pusat Bandar Bertam Perdana,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Web Design oleh therichweb.com