Program Bantuan Kanak-Kanak atau Alkhair Child Programme (ACP) bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak yang kurang bernasib baik melalui pendekatan holistik. Program ini melibatkan tiga aspek utama iaitu Pendidikan, Kesihatan dan Kesejahteraan Emosi. ACP berusaha untuk memberikan impak positif kepada kehidupan kanak-kanak yang memerlukan.
Pendidikan merupakan salah satu fokus utama ACP, di mana program ini tidak hanya menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti sahaja, tetapi juga memberikan sokongan untuk perkembangan intelektual kanak-kanak.
Selain itu, aspek kesihatan juga diberi penekanan dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang diperlukan agar kanak-kanak dapat membesar dengan sihat.
Aspek kesejahteraan emosi turut menjadi fokus utama Alkhair Malaysia melalui ACP. Program ini berusaha untuk memberikan sokongan psikososial kepada kanak-kanak yang mungkin mengalami cabaran emosi & trauma. Melalui pendekatan ini, ACP tidak hanya tertumpu kepada aspek perlindungan fizikal kanak-kanak, tetapi juga memahami keperluan emosi mereka dengan merawat trauma serta memberi bantuan psikologi.
Kesimpulannya, Alkhair Child Programme (ACP) digerakkan untuk memberikan impak positif secara menyeluruh kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Dengan harapan mereka berpeluang untuk memiliki kehidupan dan masa depan yang lebih baik dan emosi yang stabil.


Aspek kesejahteraan emosi turut menjadi fokus utama Alkhair Malaysia melalui ACP. Program ini berusaha untuk memberikan sokongan psikososial kepada kanak-kanak yang mungkin mengalami cabaran emosi & trauma. Melalui pendekatan ini, ACP tidak hanya tertumpu kepada aspek perlindungan fizikal kanak-kanak, tetapi juga memahami keperluan emosi mereka dengan merawat trauma serta memberi bantuan psikologi.
Kesimpulannya,Alkhair Child Programme (ACP) digerakkan untuk memberikan impak positif secara menyeluruh kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Dengan harapan mereka berpeluang untuk memiliki kehidupan dan masa depan yang lebih baik dan emosi yang stabil.

ACP memahami kepentingan perlindungan kanak-kanak terutamanya mereka yang kurang bernasib baik. Program ini melibatkan strategi dan langkah-langkah untuk memastikan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak terjaga. Selain itu, ACP juga berperanan untuk merangka agar anak-anak ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial bagi memupuk kebersamaan dan integrasi sosial.
ACP juga melaksanakan inisiatif yang bertujuan meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan kanak-kanak. Ini melibatkan penyediaan bantuan kesihatan seperti mana yang diperlukan, termasuk akses kepada rawatan perubatan dan nutrisi yang mencukupi bagi memastikan kanak-kanak melalui proses tumbesaran yang sihat.
Sejajar dengan fokus ACP terhadap pendidikan, program ini melibatkan penyediaan akses kepada pendidikan berkualiti. Program ini juga menyediakan sokongan tambahan untuk perkembangan intelektual kanak-kanak, termasuk bantuan pembelajaran dan kemudahan yang diperlukan.
ACP tidak hanya memfokuskan usahanya pada keadaan aman, tetapi juga memberikan bantuan dalam keadaan kecemasan. Ini termasuk penyediaan sokongan segera dan bantuan kanak-kanak yang terjejas disebabkan oleh bencana atau krisis. Ini bagi memastikan keperluan asas mereka dapat dipenuhi dengan segera.
CEMERLANG Berdasarkan 11 ulasan Disiarkan pada Google Hakim DiraniTrustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google. saya penyumbang secara tetap di sini. layanan dari mereka yang mesra. sangat dipercayai.Disiarkan pada Google nawal ashiqinTrustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google. Terbaik👍Disiarkan pada Google Nur Shazareen KamarozamanTrustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google. Staff semuanya mesra. Ada lift nak naik ke office. Tak payah penat-penat naik tangga. Hehe.Disiarkan pada Google Ezzwan MardziTrustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google. A trusted NGO dedicated to supporting people around the world through food aid, healthcare, and education. They also organize Qurban programs to reach those in need.Disiarkan pada Google Abu AmruTrustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google. Parking mudah. Dekat dengan pelbagai restoran. Nak hantar barang bantuan pun senang.Disiarkan pada Google anuar abdullahTrustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google. TrustedDisiarkan pada Google Muhammad 'Ammar Abu KassimTrustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google. Trusted🏅Disiarkan pada Google MHD Saeed ZakariaTrustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google. Trustworthy Ngo Who is working locally and internationally keep up your good work guysDisahkan oleh TrustindexLencana yang disahkan Trustindex adalah Simbol Universal Kepercayaan. Hanya syarikat terbaik yang boleh mendapat lencana yang disahkan dengan skor ulasan melebihi 4.5, berdasarkan ulasan pelanggan selama 12 bulan yang lalu. Baca lebih lanjut