Program Bantuan Kanak-Kanak atau Alkhair Child Programme (ACP) bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak yang kurang bernasib baik melalui pendekatan holistik. Program ini melibatkan tiga aspek utama iaitu Pendidikan, Kesihatan dan Kesejahteraan Emosi. ACP berusaha untuk memberikan impak positif kepada kehidupan kanak-kanak yang memerlukan.
Pendidikan merupakan salah satu fokus utama ACP, di mana program ini tidak hanya menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti sahaja, tetapi juga memberikan sokongan untuk perkembangan intelektual kanak-kanak.
Selain itu, aspek kesihatan juga diberi penekanan dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang diperlukan agar kanak-kanak dapat membesar dengan sihat.
Aspek kesejahteraan emosi turut menjadi fokus utama Alkhair Malaysia melalui ACP. Program ini berusaha untuk memberikan sokongan psikososial kepada kanak-kanak yang mungkin mengalami cabaran emosi & trauma. Melalui pendekatan ini, ACP tidak hanya tertumpu kepada aspek perlindungan fizikal kanak-kanak, tetapi juga memahami keperluan emosi mereka dengan merawat trauma serta memberi bantuan psikologi.
Kesimpulannya,Alkhair Child Programme (ACP) digerakkan untuk memberikan impak positif secara menyeluruh kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Dengan harapan mereka berpeluang untuk memiliki kehidupan dan masa depan yang lebih baik dan emosi yang stabil.

ACP memahami kepentingan perlindungan kanak-kanak terutamanya mereka yang kurang bernasib baik. Program ini melibatkan strategi dan langkah-langkah untuk memastikan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak terjaga. Selain itu, ACP juga berperanan untuk merangka agar anak-anak ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial bagi memupuk kebersamaan dan integrasi sosial.
ACP juga melaksanakan inisiatif yang bertujuan meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan kanak-kanak. Ini melibatkan penyediaan bantuan kesihatan seperti mana yang diperlukan, termasuk akses kepada rawatan perubatan dan nutrisi yang mencukupi bagi memastikan kanak-kanak melalui proses tumbesaran yang sihat.
Sejajar dengan fokus ACP terhadap pendidikan, program ini melibatkan penyediaan akses kepada pendidikan berkualiti. Program ini juga menyediakan sokongan tambahan untuk perkembangan intelektual kanak-kanak, termasuk bantuan pembelajaran dan kemudahan yang diperlukan.
ACP tidak hanya memfokuskan usahanya pada keadaan aman, tetapi juga memberikan bantuan dalam keadaan kecemasan. Ini termasuk penyediaan sokongan segera dan bantuan kanak-kanak yang terjejas disebabkan oleh bencana atau krisis. Ini bagi memastikan keperluan asas mereka dapat dipenuhi dengan segera.
Pertubuhan Al-Khair Malaysia
(PPM-009-07-04012024)
No. 29, Jalan Dagangan 15,
Pusat Bandar Bertam Perdana,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Web Design oleh therichweb.com